Sponsor Ads

Thursday 11 August 2016

Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku

Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku


Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku. Drama Si Kolot Suamiku yang merupakan satu lagi adaptasi novel bakal menemui penonton bermula 15 Ogos ini di saluran Astro Ria.
Drama Si Kolot Suamiku dibintangi oleh Amar Baharin dan Siti Elizad Sharifuddin. Diarahkan oleh Eyra Rahman, drama ini telah diterbitkan oleh MIG Pictures. Antara barisan pelakon lain yang turut menjayakan Drama Si Kolot Suamiku adalah Kuza, Faizal Hussein, Atikah Suhaimie, Dania Azmi dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku
Drama Si Kolot Suamiku mengisahkan tentang Tengku Nur Edrina (Siti Elizad) seorang wanita yang berdarah raja dan bangsawan. Ayahnya Tengku Ehsan (Faizal Hussein) berketurunan raja. Manakala ibunya Toh Puan Aisyah (Kuza) berketuranan bangsawan.
Kerana status keluarganya itu, Tengku Nur Edrina sangat ego dan bangga diri. Dibesarkan di Kuala Lumpur, dia langsung tidak mempunyai ciri-ciri wanita melayu. Tengku Nur Edrina juga merupakan seorang anak yang degil.
Berbeza pula sikapnya dengan Kudin, seorang lelaki yang berasal dari kampung yang lebih suka mencari rezeki dengan berbudi kepada tanah. Kudin mengamalkan kehidupan yang serba sederhana dan dia lebih gemar berdikari. Dia tidak pernah mengimpikan untuk hidup di bandar besar. Apatah lagi untuk mengimpikan isteri seperti Tengku Nur Edrina.
Pertemuan antara mereka berdua terjadi bila Tengku Ehsan melawat Mak Kunah yang merupakan emak kepada Kudin. Ada satu janji yang tersimpul rapi antara moyang mereka berdua dulu. Jadi tujuan Tengku Ehsan ke kampung itu adalah untuk melaksanakan amanah dan wasiat yang telah di buat berpuluh-puluh tahun dulu.
Kudin dan Tengku Nur Edrina disatukan. Namun perkahwinan atas pilihan keluarga itu membuatkan hidup mereka berdua porak peranda. Tengku Nur Edrina tidak mahu tinggal di kampung manakala Kudin pula berkeras tidak mahu berpindah ke bandar.
Tengku Nur Edrina menganggap Kudin sebagai seorang lelaki yang kolot dan menjengkelkan. Apa akan terjadi kepada konflik dua individu yang berbeza jiwa ini. Siapa yang akan mengalah untuk mengelak konflik dari berpanjangan. Dapatkah Kudin menundukkan ego Tengku Nur Edrina?
Menarik kan Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku. Jangan lupa tonton drama ini bermula pada 15 Ogos ini di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...