Sponsor Ads

Thursday 11 August 2016

Sinopsis Lelaki Macam Dia



Sinopsis Drama Lelaki Macam Dia. Drama Lelaki Macam Dia adalah sebuah adaptasi novel berjudul Mamat Muka Selenga karya Aliesha Kirana. Drama ini menggandingkan Azrel Ismail dan Izreen Azminda sebagai hero dan heroin.
Drama Lelaki Macam Dia akan disiarkan selama 20 episod pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam di Astro Ria saluran 104 dan HD 123. Siaran episod pertamanya telah bermula pada 18 Julai. Drama ini telah diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Turut menjayakan drama ini adalah Zera Hariz, Akhmal Nazri, Sharisa Haris, Feiyna Tajudin, Elya Miera, Natasha Elyzza, Mak Wan Latah, Ika Nabila, Syazwan Zulkifli,  Zulkifli Ismail, Aleza Shadan, Sheila Mambo dan ramai lagi.
Lagu Tema atau OST Drama Lelaki Macam Dia bertajuk Jangan Jangan nyanyian Wani Kayrie.
Sinopsis Drama Lelaki Macam Dia
Drama Lelaki Macam Dia mengisahkan tentang Fahmi (Azrel Ismail) dan Fatihah Husna (Izreen Azminda) yang tinggal berjiran. Segala apa yang dilakukan oleh Fahmi seringkali tidak kena di mata Fatihah Husna. Husna tertarik pada bosnya Encik Aydan, kerana bosnya itu mirip wajah pelakon Korea. Dari rasa minat, berubah menjadi sayang. Namun masing-masing ego untuk meluahkan rasa sayang.
Nak dijadikan cerita, bila Fatihah Husna kembali ke Malaysia setelah tamat pengajian dia bertemu semula dengan Fahmi. Fahmi kini bukan lagi seperti lelaki yang pernah dibencinya dulu. Masing-masing hampir bertunang dengan pilihan sendiri tetapi terjadi pula satu konflik dan sebuah insiden lucu di kampung Fahmi menyatukan mereka semula.
Ingin tahu apa terjadi pada kesudahan kisah in setelah membaca Sinopsis Drama Lelaki Macam Dia? Jangan lupa tonton drama ini pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam hanya saluran Astro Ria 104 dan HD 123.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...