Sponsor Ads

Wednesday 14 September 2016

Sinopsis Abang Bomba I Love You








Watak sebagai anggota bomba dalam drama Abang Bomba I Love You, 16 episod, mengimbau kenangan kepada pelakon kacak kelahiran Singapura, Hisyam Hamid yang pernah menggalas tanggungjawab itu sebelum melangkah ke dunia lakonan. Hisyam, 31, berkata, tawaran yang diterimanya daripada syarikat produksi, Global Station Sdn Bhd pada Februari lalu itu membuatnya tidak berfikir panjang kerana watak itu begitu dekat dengan dirinya. 

 Sebelum memulakan kerjaya lakonan, seterusnya berhijrah ke Kuala Lumpur sejak empat tahun lalu, Hisyam pernah menjadi anggota bomba selama lapan tahun di Singapura. "Insya-Allah, selepas selesai bercuti di Singapura, saya akan ke lokasi penggambaran drama ini pada bulan depan. Secara jujur, saya teruja untuk kembali beraksi sebagai anggota bomba kerana ia mengimbau memori lama ketika saya bertugas dalam bidang itu. "Dapat juga saya melepas rindu memakai seragam bomba. Sudah lama saya ternanti-nanti kesempatan untuk ke lokasi penggambaran drama ini. Ketika ditawarkan watak ini, 

saya turut menerima satu tawaran lain tetapi saya memilih Abang Bomba I Love You kerana tertarik dengan jalan ceritanya," katanya. Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, ketika ini dirinya sedang berehat daripada sebarang komitmen seni selepas sekian lama bertungkus-lumus di lokasi penggambaran. Biarpun sedang berehat, Hisyam masih meneruskan baki penggambaran drama Mukhlis musim kedua untuk siaran RTM, selain menjayakan rakaman Romantika siaran Astro Ria di Melbourne, Australia. "Saya hanya sempat bercuti seminggu pada hari raya lalu, sebelum kembali bekerja. Selepas pulang dari Melbourne bersama isteri, saya menyambung kembali cuti. Sekian lama bekerja tanpa henti, saya perlukan sedikit masa untuk merehatkan minda dan bersama keluarga," katanya. Sebelum Ramadan lalu, jadual lakonan Hisyam padat apabila turut mengembara ke Hong Kong untuk menjalani penggambaran drama, Strawberi Karipap musim ketiga. Dalam drama yang turut dibintangi pelakon kanak-kanak, 

Mia Sara dan Rykarl Iskandar itu, Hisyam bergandingan dengan Fouziah Gous sebagai suami isteri. Nama Hisyam mula meledak di persada seni negara menerusi drama Ariana Rose yang dibintanginya bersama Fathia Latiff dan Keith Foo. Momentun kerjaya seninya terus diingati menerusi drama Isteri VS Tunang, bergandingan dengan Scha Alyahya selain Imam Muda Ku Romantik yang disiarkan Astro Oasis. - BHarian. Saksikan nanti drama Abang Bomba I Love You yang bakal bersiaran 12 September ini selepas drama Si Kolot Suamiku.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...